Followers

14 January 2017

Tok



Malam tu jaga tok dekat hospital . Tok memang dah lama pelupa.
Memori lama ja ingat . Memori lama tu masa aku sekolah rendah, start sekolah menengah dah lupa. Lepas raya tok demam . masa tu la bermulanya tok tak boleh bangun . boleh bercakap lagi . cuma terbaring macam tu .


Lagi 3 hari nak balik kisas masa tu sebab cuti raya nak habis dan kena duduk 2 bulan dekat kisas sebab exam, sebab tu nekad jugak nak jaga malam tu . Tok asyik mintak air ja, makan pun makan biskut baby yang bancuh tu.Dia kan lupa, dia lupa dia minum dia lupa dia makan jadi aku kena tanya selalu dan setiap kali tanya dia nak :P
Wad tutup lampu pukul berapa tah masatu . Aku letak tuala atas kepala tok sebab nak amik gambar bagi wasap family . Tok pun tutup mata . Lepas dah amik gambar . Aku ambik tuala tu balik dan tok buka mata . 
Aku suruhla tok tidur tapi tok tak mau padahal mata dah berair dah tu ngantuk . Aku  pun letak tuala atas kepala tok balik dan tok terus tidur macam gambar kat atas . comel!! Nak tuala rupanya. Macam nak cubitttttt tapi kurus sangat x) Tok ni pemalu, tak boleh kalau tak pakai tudung, dia lembut, suka loyar buruk, rajin plus plus plus . Sebijik perangai mak . 



Malam tu aku tidur lantai beralaskan selimut. Ada jugak sorang kakak jaga mak dia . Dalam tu ada 3 orang nenek  termasuk tok aku  . Memang tak leh tidur sebab seram . Sorang nenek tu tak ada yang jaga dan dia termenung . Masa tu semua dah tidur . Pastu dia macam duduk tengok kiri tengok kanan banyak kali. Aku pun pi dekat dia tanya kenapa . Dia cakap nak buang air tapi nurse tak mai check dok sembang, marah dia hahaha emo. memang pon . mungkin nurse ingat dah banyak yg jaga tapi ada sorang yg tadak yg jaga .  Dia pakai tongkat pastu dia rasa susah nak pi tandas jauh dan yang pasti tak sempat dah tak tahan!!! Gelabah laaaaa aku pun dia suruh cari pampers. 
Cepat cepat amik pampers pakaikan kat dia . peh aku rasa hebat gila sebab sekali try dah jadi pampers . Dah siap tu dia tak cakap apa pun. Series la...... tgh malu kot. buang air kan.
Pastu bunyi kipas ja. Ok. betul betul seorang nenek yang serious. memang dia tak mau cakap ni gaya. Aku pun pi tidur.



Lantai sejuk sangat!! sampai pukul 3 camtu hujan..  Sejuk, lapar, ada roti tapi malu tapi gelap ja malu bunyi roti kot.
aku macam cepatla esok lamanya sehariiiiii . sebab ni hospital lama dan tak  besar . buruk . tak selesa. kerusi plastik ja. 
smpai pukul 5 aku bangun tengok tok dah selubung dalam selimut.. tak tidor aku. penat macam tak mandi seminggu. lesu gila. Nurse buka lampu kul 6.30. Lega!!!!!!!!! so suma dah  boleh bangun!



Pagi tu nurse ambik darah. Banyak kali tak nampak urat sampai tok nangis sakit.........tak sanggup la tengok dah kurus gitu lagi dicucuk banyak kalii. kita kat situ mcm terasa :(
Pastu maklong mai terus nangis haha lagi cepat sebab tak sanggup tengok tok sakit. mak long kesat air mata dia dan aku pi taman dekat luar..satgi aku leleh pulak .   pastu mak datang ambik aku balik. semua nenek kat situ babai termasuk yang pampers malam tu ^_^ siap senyum lagi tak macam semalam serious . pastu  nenek lagi sorang pulak pesan pergi belajar jangan bercinta sebab aku pegang fon ja malam tu. takleh tidur kan. Dia ingat aku berpakwe malam tu. Dia salam semua nurse.. punya seronok la dia boleh keluar wad dah, 



Dan aku pun balik kisas =)

setiap hari  call mak dan pesan kirim salam tok walaupun tok takkan balas.  Dah jadi rutin sebab mak pun hari hari balik kampung lepas tok keluar hospital. Sebenarnya tok belum boleh jalan pun. lepas sebulan dapat berita tok macam makin tak larat. tak bercakap dah. Abah suruh janji jangan call takut ganggu study. Final ni paling paling besaq . Stpm lah exam paling kau takut sekali setakat ni sebab bukan cikgu yang mark. Mpm yg tanda. dan bukan final sem 3 ja, repeat sem 1 ngan 2 jugak. jadi memang buku buku buku. Lagi satu stpm ni bukan ada spot sppot, sekali dia masuk satu buku T_T. Dahtu aku langgar janji nak jugak call. Lagi 3 hari nak final exam sem 3. Aku check la fon. dekat wasap family kakak cakap tok dah tenat........ dan mesej tu dah mcm kemarin dulu. aku baru tau. baru tengok :(  malam tu fon simpan. exam 



tak tau nak rasa apa. macam hang jauh dan tak boleh tolong apapa. org lain bagi makan bagi minum tok....tapi kita kat sini tak buat apa.    Malam tu Isnin.  sebab dah rasa tak mampu buat apa selain  doa.  Terus magrib tu bagi nama tok dekat musolla untuk doakan tapi musolla rajin pulak sekali dgn solat hajat jugak imam mention. imam mention "nenek kepada seorang muslimat upper 6" hah lega
tiba tiba semua kawan tau. Semua pun doakan. rasa risau tapi tenang. dan seminggu straight exam. Tenang jugak. Memang aku tak call lansung mak abah macam orang lain buat setiap pagi tu. setiap pagi kawan kawan call minta restu tapi aku tak sebab abah cakap hari hari doa abah mak tak pernah lupa untuk anak anak jadi tak perlu call . Esok selasa. Final exam


Hari rabu last exam sejarah. so lepas habis, petang boleh la call tapi aku penat sangat sampai postpone besoknya. 
petang kamis tu lepas siap nak pi dewan makan aku  ke public fon lu. excited gila macam dah skip banyak hari ni tak call


pastu Hello!!!! makkkkkk. ah! ah! ah! akhirnya mak akhirnya final sem 3 habis
mak tanya exam mcm mna dan aku cakap aa cam gitu la. k macam biasa lah. lepas call wajib kirim salam tok . selalunya mak akan cakap kirim salam la tok tak boleh jawab pun . tapi hari tu





'tok dah takdak'
'apa? bila?'
'selasa. ni mak kat rumah tok tgh tahlil'




hari selasa meninggal dan aku baru tau hari khamis tu pun sebab aku tefon kalau tak?
dalam kubur. dah ada dalam kubur. aku tak tau. aku tak balik. aku sibuk study. orang sibuk kebumikan tok. dah tak boleh balas suara mak kat  telefon tu. mak dah bisik kat abah yang aku tak bercakap. Abah pun jawab kat tefon pasal janji jangan call tu. nanges ja aku. sedu tak boleh cakap. abah cakap 

'haa sebab tu lah abah tak mau adik call. tengok. macam ni la'


Sebab abah tau tok dah tenat pastu aku exam. takut aku fikir. dah dengar mak panggil aku banyak kali pastu aku bai terus. kecewa tau sebab semua tak inform lansung.
tak peduli sepanjang jalan nak pi dewan makan. aku nangis ja. nangis sangat.  laju air mata ni. mcm dah takkan jumpa tok. memang pun.
aku ada lagi repeat paper sem 1 dan  2. mmg tak balik lah jawabnya . lepas hari nanges sedunia tu aku dah tak call mak abah. tak sanggup dengar suara mak nanti. asal jalan dekat public fon ja rasa nak marah. public banyak tapi aku tak boleh tau berita apapun. macam kenapa fikir pasal janji tak call tu kenapa aku tak call kenapa tak callllll. sampai lah repeat paper pon tak call.



aku belum cium tok. aku tak tau dekat hospital tu malam last dapat jaga. suap air suap biskut..pegang tangan tok selimut tok.  aku fikir dah balik lepas 2 bulan aku boleh jaga lagi. dulu 
Berkat isnin malam 1 kisas doakan, tok meninggal selasa malam . Tok tunggu adik kan :( tok happy kan ramai doakan.. tak palah tok suka. InshaAllah tok pergi dengan tenang.


Alfatihah
Asiah Bt Bakar










No comments: