Followers

15 December 2015

Kisas

Assalamualaikum .


Ya this is kisas....klang selangor. Dekat jalan kota raja. Dekat dgn kg jawa. 
Saya masuk sini kerana saya ingin berubah ceh hehe takdalah form 6 sbenarnya. Jadi.... ramai orang tanya.. buat apa form 6 jauh2 . Entah la bermacam macam jawapan dah saya kasi sampai lupa kenapa


Memang susah sikit nak jumpa sekolah ni mula mula macam kena hijab . 


Sebenarnya saya tak kenal pun kisas ni sekolah apa . Lepas kawan yg check kan form 6 aku dpt ke tidak...dapat la kisas . dia cakap la sekolah tu bagus . Aku pun Amendeeeee yg bagus? (begitu) Bagus sebab sekolah berasrama penuh rupanya . 

Jadinya. Kena daftar 5 may sedangkan result upu keluar 6 may. Tak rasa stress ke pikiaq  . Dok Fikir nak pergi sebabnya jauh kan.  Aku fikir tempat ja masatu. Aku cuma nak dikellilingi orang lemah lembut sebab aku tak suka kena marah. Aku nak tempat yang ada motivasi tiap hari. sebab aku cepat down.


 ye lakan . Nak buat keputusan bukan segera tu jugak nak dapat . Dalam perjalan pun buleh . pergi jugak 3 may.  duk la klang 2 hari 1 malam . Dah sampai pun fikir lagi . Sebabnya daftar ni kena pergi sekolah . Kalau x daftar blacklist la nama...


Ustaz dan kawan cakap masuk je ...suma ckp bagus la apa la...aku ni xtau apa pun kisas ni amenda kan. Esok tu pergi la daftar 5 may kul 8 pagi gitu. awal tau. tak kena ambik number pun . Masuk ja pagar sekolah.....fuuuu.... sopan gila makhluk kat situ. Setakat tu je la. Daftar la segala daftar  semua tu . Befikir la sejenak lagi sambil jalan nak hantar borang . Betul ka ni nak masuk ni. dah siap isi dah pun. Kalau asrama penuh kan peraturan ketat pastu jadual padat  . Pointer pun kena jaga.
Jalan punya jalan sambil belek borang...tiba2 nk terlanggar papan tanda..papan yang tulis

'Belum cuba Belum Tahu'

adui seram lak sekolah ni. Baru cakap dalam hati dah dapat gini. 
Tiba lak ramai daftar kata pengetua  ... risau kan xdak bilik . Ada yg balik dulu .  Pastu aku macam happy sebab kena balik ha ha ha . 

Abah bisik "macam mana dik"
adui macam nak peluk kaki abah pastu jerit nak balik.


Yang dari kedah ni nak balik pa . Penat ouh . Dan fikir sejenak lagi . 
Msatu fikir susah payah gak la sepanjag 'journey' nya tu . Mak dgn muntah2 sebab mabuk . Hum takleh nak jalan2. i-city tu pun tgok dekat lebuh raya je . Sedih tak ?  Tak pun . huahua sedih la. Tak jadi la nak balik . Em dok jala . siapa suruh pergi.  Orang cakap

 "susah masuk kisas". 

Aku pun.. Yela untuk form 4 5 ja susah dah ramai sgt pndai.

 Tapi mak cik aku kata

" Form 6 pun susah sbb dgn tanpa izinNYA kita takkan rasa apa ada di kisas "

Nak kata deep tak lagi la sbb tgh tak ada perasaan masa tuh.


Masuk la seorang najiha ke dalam asrama puteri . Kat situ dia buat sistem rumah . Bukan najiha yg buat... sekolah tu. Blok duduk ikut rumah sukan memasing . Ha dapat la kita rumah merah atau nama omar .  
Sejak sejak tu dapat la panggilan Najiha Omar . huh apapa je la .

Orientasi lah kita tapi heaven gila orientasi ni .  asyik bernasyid ja  . Sebab upper 6 exam . Letih tgok akak akak . Sian . dekat dorm ja boleh gelak gurau sembang karut . Hanya dorm . Waktu lain sgt berfaedah. Risau dah gua masa tu . Tak palah. Xdak benda yg senang kat donia ni .
Yang bagusnya kena nyanyi lagu selangor la perhimpunan. Punya excited sehari semalam la hafal . Sampai nak tidur pun
'Duli.....yang mahaaaa mulia' zzzz


stayer terangkan la pasal kisas, aku yang tak tahu apapa ni tekun tau dengar
Jadi sejak dulu ada....

6 uniques thing.......




Teacher 

 Kalau sekolah dari kecik dulu memang cikgu akan cakap 'cikgu ni ibarat ibu' tapi kenyataannya kita tak rasa apa apa. Sejak kat sini. rasa la ibunya tu . Setiap kali balik rumah mesti bitau kat wasap .
 Teacher dan cikgu pergi bercuti tak lupa bagi coklat , Button badge lah quote lah ... kalau aku jenjalan pastu adala cikgu kasi mee goreng lah bahulu lah . Kalau form 6 kena khidmat murobbi . Mastu dapat  cup cake . nasik kerabu lah laksam lah nasik lemak lah . Ye semua ni aku dapat hahahahahaha ! Sebelum mula class  ustazah bagi kuih lah pavlova lah biskut lah dengan air teh susu . Lain hari lain la menunya . Ada classmate pindah pun beli kek . Sedap ya ampun pulak tu ....Tak sangka banyak dah aku makan. pastu kan 8 kilo berat bertambah dalam masa 2 tahun . ish 




FRIENDS 

Ada perangai cam gini . Ada lemah embut sesangat . Ada laser sesangat . Tapi bila berbincang . Alhamdulillah cuba . Semua cuba untuk redho dan memahami . Menangis dah sebati . Yg penting geng utara lagi banyak heehee . Satu dorm  . Dan mereka panggil saya adik .. Gaduh pun baik balik . Dah baik ajak gaduh lagi . Gitu . Ada yang sakit haa berkali kali dah aku pergi hospital temankan. Kawan kelas tak kurangnya . Bertanggungjawab . Kadang poyo. Sikit . Lelaki dn pempuan ouh menjaga la batas sampai dah terbiasa tak cakap . Tapi aku ja tak cakap. Aku taktau la aku malu ke malas bercakap , lalu sebelah pun lelaki yg lari...tah lah depa ni. lelaki dgn tazkirahnya. Ha pempuan disuruh sopan siket, jgn bebising . Ramai orang nak buat calon suami tu dgn ilmu di dada....aku taknak la..tak layak pulak, haha sat nak gelak.. ha Kalau sekolah lama gelak boleh dengar satu bangunan . Kat sini hanya mampu dalam kotak pensel ja . AJK setiap subjek pun busy......ya tuhan. tambah2 ajk muet. hmmm aku terjadi sat . pastu tukar hah lega. haaa gelabah ja selalu aku kalau kena kutip kertas muet




Tarbiyah 

Ouu  Tak kira la form 4 ka form 5 ka .  sekolah lama agama ke smk ke boleh ja bagi tazkirah . Setiap org ada buku tazkirah untuk catat.... setiap hari jumaat ada usrah malam tu.. Dari usrah la masing2 ingat mengingati dengan nickname manja . Mesti nanti rinduuuuu!!  Setiap hari ada teguran . terima ja lah segalanya .  . Daripada takdak sapa kesah . Baik duk kisas semua orang kesah . arh



Biah solehah


Kalau sekolah lama buat apa sikit mesti orang cakap
 'alimnya budak ni'
Kat sini takdengaq pulak istilah tu . bebas nak baca alquran siang ke tgah hari ke tgh malam ke  Waktu nak makan pon diam ..Budak laki la rajin sgguh dhuha. 


UKHUWAH 


Berukhuwah lah ko dgn daun ka kucing ka makcik pakcik guard pacik kantin anak cikgu anak cik kantin anak semua la .  Semua la. dari ukhuwah tu best sangat tau rasanya!!!!!!!!!!!!  . ada kawan yg kita boleh bezakan antara 
(jaga hati kawan/sayang kawan)
If u can choose, which one u would hve prefer the most ?
Mestila sayang kawan . ikhlas mau ada. 
.........tak mampu describe. ia begitu berharga. Alhamdulillah.  . Ada je ukhuwah sampai pelamin. soSweet . sweet ka.
Kat sini Makan malam pun jemaah . Mkn malam je.
Dahtu lepas prep kul 11. Surah al mulk together . Dari situ kita jemaah la segala doa tidur dan apa yang tak puas hati bincang dan karoot komedia berlaku ZZzz 



MUSOLLA 




Surau :))))) 
Haa di sini semua ada . Teacher friends tarbiyah ukhuwah biah solehah . Situ la nangis situ la belajar situ la ibadat..  Sampai masa kau rindu musolla . Solat dekat sejadah r&r pun rasa karpet musolla . Haha. Mengalir air mata uhuhhuhhu. laki pempuan kisas akn jemaah maghrib pastu la tazkirah lepastu . Segala masalah pun berjemaah datang haha  . Lepas solat kita akan salam dan kiss pipi kawan dan cakap

'Minta maaf. Uhibbukifillah'

'Minta maaf. Sayang awok sampai syurga.'

ada yang over gila. bisik macam hantu pon x) tampar pipi


Kat situ kena panggil muslimin muslimat. Katanya jatuh hati kalau panggil nama. yeke. kalau...... Aku terima nikahnya Najiha.......... mungkin la jatuh hati . Tapi ni

''Najiha!!!! panggil ustazah! AJK kan"

duhhhhhhh


Siapa tak tahu Sebulan dok situ sebulan la public phone kahkah... 
Waktu free hanya 
waktu tidur , makan . lepas prep kul 11 malam . takdanya enjoy. Disiplin :(
Dkat sekolah memanjang. Kekadang tak rasa pun tengah sekolah . Terasa pergi kuliah pondok .  Doakan aku ya .
harap 6 uniques thing jela untuk tenangkan hati dan jiwa bila rindu mak abah...............




bye :)








No comments: